Cuti Penggal 1 Sesi Persekolahan 2025

Assalaamualaikum wbt,
Dimaklumkan bahawa cuti penggal persekolahan bagi murid-murid sekolah rendah akan bermula pada 29 Mei 2025 (Khamis) dan berakhir pada 09 Jun 2025 (Isnin).
Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 10 Jun 2025 (Selasa).
Sepanjang tempoh cuti ini, pihak sekolah ingin menasihati semua murid agar sentiasa menjaga keselamatan diri. Elakkan bermain di tempat berbahaya dan pastikan sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa.
Selain itu, murid-murid digalakkan untuk menghadkan masa penggunaan gajet, membantu ibu bapa di rumah, serta meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Amalkan juga gaya hidup sihat dengan tidur yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang supaya kembali ke sekolah nanti dalam keadaan sihat dan cergas.
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid. Semoga cuti kali ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.

