KARNIVAL AMAL HARI USAHAWAN KALI KE-18
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya Karnival Amal Hari Usahawan ke 18 telah berjaya dijalankan. Karnival ini mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan (JKJR) , Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak (AADK), Pusat Kesihatan CERAGEM dan tajaan daripada ramai pihak antaranya Badan Keluarga AlHuda (BAKA), Koperasi Al Huda, Koperasi Belia Islam (KBI), Pusat Sukan Gombak, Kedai Photostat Kaizen, ibu bapa dan banyak lagi.
Sebanyak 14 gerai jualan dari kelas dan terdapat beberapa lagi gerai tambahan seperti gerai TASKI, gerai BUNDLE, gerai BKS, gerai-gerai dari penyewa luar, mini pawagam dan pemeriksaan kesihatan RESDUNG memenuhi tapak-tapak jualan di padang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran keselamatan jalan raya, pameran antidadah, terapi kesihatan, pembuangan lendir resdung mendapat sambutan dan kunjungan yang baik daripada pengunjung. Dengan adanya kehadiran maskot ANA SOLEHAH , pengunjung terutamanya kanak-kanak merasa lebih kegirangan.
Semua gerai mendapat sambutan hangat dan luar biasa dari semua pengunjung. Pada sesi penutup, pengunjung menunggu giliran untuk Acara Cabutan Bertuah terakhir yang mana menawarkan hadiah-hadiah yang hebat dan lumayan.
Objektif utama Karnival Amal Hari Usahawan ini diadakan adalah memberi peluang kepada murid untuk mencipta pengalaman menjadi usahawann muda. Selain dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara murid dan masyarakat secara efektif, karnival ini juga dapat memupuk akhlak jujur dan amanah dalam urusniaga.
[learn_press_profile]