LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 2018
Program Lawatan Sambil Belajar bagi pelajar Tahun 6 sesi 2018 kali ini adalah melawat negeri Johor Darul Takzim. Lawatan ini adalah selama 4 hari 3 malam iaitu pada Jumaat, 2 November 2018. Seramai 68 orang pelajar menyertai program ini dan diiringi oleh 5 orang guru. Pada 2 Nov, pelajar dan guru pengiring berkumpul di Kompleks SERI Al Huda pada 10malam. Ustaz Yusuf telah mengadakan solat hajat pada pukul 11 malam dan diikuti sedikit taklimat daripada penyelaras lawatan.
Rombongan ke Johor mula bertolak 12 tengah malam dengan dua buah bas sekolah yang disewa khas. Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi adalah Masjid Sulan Iskandar yang bertempat di Bandar Dato’ Onn, The Malay Cultural Village,Muzium Tokoh Johor di Bukit Senyum, Austin Heights Adventure and Water park dan banyak lagi. Pelajar dan guru pengiring telah menginap di Asrama Institut Pengurusan Ladang Johor Bharu.
Pelajar juga berkesempatan melawati UK Agro Farm Resort sebelum pulang ke Gombak.
[learn_press_profile]