Sekolah Rendah Islam Al Huda telah mengadakan sebuah Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Ketua dan Penolong Unit Kokurikulum. Majlis ini berlangsung selama dua hari dan diadakan di Dewan Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI Al Huda. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Syed Ismail bin Syed Noh Al-Habshi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Rendah Islam Al Huda dan Puan Surayah binti Sarin selaku Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al Huda.
Antara lain yang hadir adalah Ketua Guru, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru serta murid-murid yang terlibat.
Tahniah diucapkan kepada murid yang dilantik.
[learn_press_profile]