Tarikh Rasmi Sesi Persekolahan 2021 Seluruh Negeri Di Malaysia Dibuka Selepas Cuti Akhir Tahun 2020.
Pada tahun lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu surat pekeliling / siaran memaklumkan bahawa sekolah kumpulan A yang terdiri daripada negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, akan bermula sesi penggal persekolahan baharu pada 1 Januari 2020 (Hari Rabu).
Manakala sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan bermula sesi penggal persekolahan baharu pada 2 Januari 2020 (Hari Khamis).
Namun bagi tahun 2021, Menteri Pendidikan telah mengumumkan pembukaan penggal pertama persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2021 adalah pada 20 Januari 2021 (Hari Rabu).
[learn_press_profile]


