Merentas Desa Peringkat Sekolah

21May, 2025
2 Mei 2025 (Jumaat): Pada hari yang cerah dan penuh semangat, SERI Al Huda telah menganjurkan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah yang melibatkan murid-murid tahap 2 sahaja. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kesukanan dan daya juang dalam kalangan murid.
Seawal 8 pagi, murid-murid berkumpul di dewan untuk sesi taklimat dan pemanasan badan. Mereka dibahagikan mengikut kategori umur dan diberikan nombor peserta.
Acara larian merentas desa berakhir kira-kira jam 10pagi.


Previous
[SERI al-Huda Kini Rakan Sinergi NakQurban Global Peace Mission (GPM) Malaysia]
May 21, 2025

