Majlis Ihtifal Sukan Kebangsaan SERI/SEMI SeMalaysia yang dianjurkan oleh Yayasan Takmir Pendidikan adalah aktiviti dwitahunan yang dianjurkan bertujuan untuk melengkapkan Falsafah Pendidikan Al Hikmah.
MISSAK 2022 bakal berlangsung pada 21 Oktober 2022 sehingga 24 Oktober 2022, dan SERI Al Huda bakal membawa kontinjen seramai 73 orang yang terdiri daripada murid Tahap 2 iaitu Darjah 4,5 dan 6.
Tuan rumah bagi MISSAK 2022 adalah Sekolah SRI Seremban.
Semoga program yang dirancangkan ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar disamping dapat melahirkan murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan tahap metabolisma murid agar lebih cergas dan cerdas.
Ayuh sama-sama kita doakan agar anak-anak kita akan beroleh kemenangan untuk setiap acara yang dipertandingkan.
[learn_press_profile]