PERISTIWA NUZUL QURAN
Apakah Nuzul Quran?
Sejarah Nuzul Quran (penurunan wahyu al-Quran) merupakan sebuah sejarah yang hebat menjadi panduan dan perlembagaan kepada seluruh umat Islam.
Nikmatnya Ramadan ini, Allah menyediakan ganjaran rahmat, maghfirah (keampunan) serta pembebasan daripada api neraka dan banyak lagi ganjaran lainnya.
Mengenai ganjaran bagi amalan berpuasa ini, terdapat sebuah Hadis Qudsi:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به
“Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung.”
(Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya: 7/226 dari hadis Abu Hurairah R.A)
Selain itu, penurunan Al-Quran juga berlaku pada bulan Ramadhan, iaitu pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, tahun ke-41 keputeraan baginda Nabi SAW, ketika sedang beribadat di Gua Hira’.
Petikan daripada: https://harianpost.my/hari-nuzul-al-quran/
[learn_press_profile]