SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2018
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Mei 2018, iaitu pada hari Rabu.
Murid-murid dan guru-guru hadir ke sekolah seperti biasa. Bagi murid-murid SERI, mereka terus hadir ke Kompleks Integratif Islam Al Huda dan berkumpul di dalam dewan. Sementara bagi murid-murid Tahun 4,5 dan 6 dikehendaki menjalani rutin harian mereka seperti biasa, iaitu membaca al-Mathurat. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi di Dewan Besar Kompleks. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi Majlis iaitu Encik Mohd Sabri bin Mohd Radzi. Majlis diberkati dengan bacaan Tilawah Al-Quran oleh adik Hafiyy bin Hasbullah. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan daripada Ketua Yayasan Takmir, yang disampaikan oleh Guru Besar, Puan Surayah bt Haji Sarin.
Sambutan Guru tahun ini bertemakan ” Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.
Setelah selesai ucapan daripada Guru Besar, semua guru diminta naik ke pentas untuk menyanyikan “Lagu Guru Al Huda” dan disusuli dengan acara memotong kek Hari Guru bersama-sama.
Pelbagai aktiviti dan acara yang telah diadakan termasuklah persembahan Nasyid oleh murid-murid Al-Huda “Sautul Ilham”, acara permainan antara guru-guru dan murid-murid, dan sesi penyampaian hadiah.
Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah, semua guru-guru dan staf Al Huda yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis ini berlangsung.
[learn_press_profile]