SYUKUR SIRI 18

IHYA’ RAMADAN
Alhamdulillah, kita kini berjaya menjejakkan kaki ke bulan mulia, Ramdan Al Mubarak. Bulan yang diungkapkan dalam Al-Qur’an dan hadith Nabi s.a.w. Ia menyentuh setiap dari kita, kecil berlatih, yang cukup syarat melaksanakan perintahNya dengan penuh disiplin, mencari ketaqwaan dan redhaNya.
Sekolah melancarkan program Ihya’ Ramadan pada 3 dan 4 Mac 2025 bersamaan 2 dan 3 Ramadan masing-masing di kompleks dan SERI. Ihya bermaksud kebangkitan dan Ihya Ramadan pula sinonim dengan Kebangkitan;Ramadan.
Kebangkita kita di bulan mulia ini seharusnya juga berkait berjuang dan berkorban demi mencapai mardhatillah dan kesempurnaan puasa yang dilakukan. Melakukan yang terbaik dengan menambah baik semua yang kita lakukan sebelum ini, mengikut kemampuan masing-masing. Jika dulu tarawikh 8 rakaat, kini cuba melakukan 20 rakaat, jika tadarus Al-Quran hanya membaca, kini cuba mentadabbur, jika sebelum ini sedekah RM 5 sehari, kini RM 10 sehari, jika sebelum ini kurang solat sunat, kini ditambah setiap waktu dan seterusnya.
Mari kita lazimi sepanjang bulan ini dengan doa ini
اللَّهُمَّ بَارِكْ لنَا فِيْ شَهْرِ رَمَضَانَ وَبَلِّغْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ وَعِبَدَةً فِيْهَا
Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya
Semoga Allah memberi kekuatan luar biasa kepada kita semua dalam menjalani ibadah ini dan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Ramadhan Kareem > Allahu Akram
- Mengukur sejauhmana nilai yang cuba diterapkan telah berjaya membina nilai dan karakter pelajar;



Student QRPoints – Wahana Al Hikmah
Pada Oktober 2019, pihak sekolah telah menjalankan program ini sebagai percubaan dan kemudiannya secara aktif mulai Januari 2020.Program ini diperkenalkan dengan tujuan untuk
Bangkit Dan Lakukan Perubahan, Mulakan Di Bulan Ramadan
- Menggalakkan pelajar melakukan nilai baik sambil di beri ‘hadiah’;
- Membantu guru dan sekolah menerapkan nilai Al Hikmah mengikut Pendidikan Al Hikmah;
- Menilai guru dan kakitangan dalam pembinaan nilai dan karakter
- Melibatkan ibu bapa secara efektif untuk memantau dan melihat prestasi anak-anak
Dalam merealisasikan kemenjadian pelajar dari sudut syakhsiah dan adab secara umum melalui Pendidikan Al Hikmah, Student QRPoints ini menjadi satu wahana untuk membantu mengukur prestasi pelajar. Justeru penggunaannya amat penting dalam hal ini dan harus di pertegaskan oleh semua warga sekolah sehingga budaya adab dan 14 nilai Al Hikmah menjadi satu cara hidup yang dengannya SERI Al HUDA dikenali
Namun ianya tidak terhad kepada murid atau pelajar sahaja, ianya juga tidak terhad kepada perlakuan dan amalan pelajar ketika di sekolah, malah QR ini juga wujud buat para pendidik manakala ianya juga turut diukur kepada amalan pelajar di rumah.
Sikap dan amalan yang baik tidak terhenti dalam kawasan sekolah sahaja malah ianya tiada sempadan, begitu jugalah kita semua warga pendidik, cermin yang kita dijadikan untuk murid tidak berhenti ketika kita d isekolah malah di mana sahaja kita berada.
Pendidikan Al Hikmah
Kefahaman kita tentang Pendidikan Ail Hikmah dan apa yang mahu dihasilkan adalah amat penting. Ini amat jelas sebagaimana diungkapkan oleh YBhg Prof Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
“Apabila Za’aba berbicara tentang Kemiskinan Melayu pada tahun 1927, yang menjadi fokus sorotannya adalah kemiskinan perangai. Beliau menyenaraikan sejumlah sifat negatif masyarakat Melayu yang menjadi kendala pencapaian kemajuan…
Hingga ke saat ini belum ada usaha yang serius menangani masalah moral deficit yang sedang menimpa bangsa ini. Hampir setiap hari kita membaca atau mendengar berita tentang pelbagai kisah kebejatan moral-rasuah, penyelewengan, penipuan, pembaziran, pencabulan, kecurangan, kebiadapan dan lain-lain yang melibatkan semua golongan, termasuk elit kepimpinan. Tanpa suatu gerakan moral yang berkesan, wajah bangsa ini akan tampak semakin hodoh. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan semula watak bangsa sesuai dengan nilai-nilai agama dan budaya yang kita warisi”
Karakter dan kompetensi ini terkait juga dengan StudentQrPoints yang dimulakan di sekolah. Jika hasil akademik dibaca melalui PBD dan peperiksaan, maka nilai dan karakter diharap dapat memanfaatkan SQRPoints sebagai alat pengukur buat kedua-dua, sekolah dan ibu bapa.
Kompetensi dan karakter tidak terbina dalam sehari mahupun setahun namun yang pasti, ianya perlu diterap dengan disiplin dan bersungguh, berterusan dan berhikmah. Dan langkah pertama adalah penting, mari kita lakukannya.












KHATIMAH
Bulan Ramadan perlu disulami dengan insaf dan harap, muhasabah dan syukur, ridha dan Sabar ketika melaluinya dan dibawa terus ke bulan-bulan dan tahun seterusnya.
Semoga Allah mengurniakan kita Ramadhan terbaik, sedeqah terbaik, adab terbaik serta pengampunan dariNya dan dijauhi api Neraka. Ampun dan maaf dipinta, atas segala kekurangan. Jemput beriftar bersama 14 Mac nanti.
Akhukum Fillah
Syed Ismail Alhabshi
3 Februari 2025 (2 Ramadhan 1446H)

Tags:Siri Syukur18

